Dua Beranak Maut.

Kereta bertembung pacuan empat roda.

89
SHARES
1.5k
VIEWS

BELURAN 28 April – Seorang wanita dan anak perempuannya maut dipercayai tersepit selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Batu 72, Jalan Telupid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu, Majinis Anjid, 73, dan anaknya, Anah Geoffrey, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Perodua Viva tersebut hanya mengalami kecederaan.

Sementara itu, pemandu dan dua penumpang yang menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner pula turut cedera.

Bagaimanapun, identiti keempat-empat mangsa termasuk pemandu Perodua Viva masih belum dikenal pasti.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rosmedian Majid berkata, pasukannya bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.03 petang.

“Setibanya di sana, kami mendapati seorang wanita tersepit di kerusi penumpang bahagian hadapan Perodua Viva manakala seorang lagi penumpang telah berada di tepi jalan sebelum kehadiran pihak bomba.

“Kami mengambil masa 20 minit bagi mengeluarkan penumpang yang tersepit,” katanya di sini.

Semua mangsa yang cedera seterusnya dihantar ke Hospital Duches of Kent Sandakan dekat sini untuk rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Related Posts

Discussion about this post

Trending

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.